Saturday, 24 November 2018

Laporan Amali Mingguan (Minggu ke-9)


Laporan Amali Minggu Ke-9



TARIKH AMALI                 :   MINGGU 9 (09/11/2018)

AMALI                                 :   CENDAWAN

TEMPAT                               :   RUMAH CENDAWAN, KOMPLEKS AGROTEKNOLOGI

PENUNJUK AJAR                :  ABDUL GHAFFAR OTHMAN / ROSLI ISMAIL

                                                  MAININAH TAHIR

                                                  KAMARUL ZAIDI ABD GHANI

                                                  ROBI SAAD

                                                  ZALIZA MAHAT

                                                  NOR AISHAH ISMAIL

                                                  HAFIDAH YAAKOP

                                                  



1. PENGENALAN



Cendawan (Pleurotus ostreatus)sangat kaya dengan kandungan nutrien. Ia adalah sumber protin dalam makanan. Banyak kajian dibuat tentang nutrien cendawan. Cendawan juga mengandungi selenium. Melindungi sel rosak dan boleh menyebabkan penyakit hati, kanser dan penyakit yang berkaitan dengannya. Antioxidan lain dalam cendawan adalah ergothioneine, dimana membantu melindungi sel badan terutamanya DNA. Potassium terdapat dalam cendawan yang boleh membantu menstabilkan kelancaran dan tekanan darah. Potassium juga berperanan dalam saraf dan otot, termasuk fungsi hati dengan baik. Selain itu terdapat juga panthotenic acid membantu dalam menstabilkan darah merah yang sihat, dan niacin bagus untuk melembutkan kulit dan pencernaan didalam sistem saraf. Mineral essential membantu dalam kekebalan tubuh (immune system). Sumber vitamin B - riboflavin (B2), niacin (B3) and panthothenic acid (B5). Vitamin ini menolong pemecahan protin, lemak dan karbohidrat yang digunakan sebagai tenaga. Oleh itu bagus bagi sesiapa yang tidak boleh makan daging. Cendawan juga membantu dalam rembesan hormon kesuburan lelaki. Ia juga terdapat sumber penting bagi vitamin D untuk kesihatan tulang, gigi dan berfunsgi untuk antioksidan untuk awet muda.



2. PENERANGAN



Dalam amali ini, setiap ahli kumpulan akan membantu dalam penghasilan habuk kayu yang akan menjadi sumber pertumbuhan cendawan. Secara ringkasnya para pelajar dan penunjuk ajar akan mencampurkan 4 bahan iaitu bahan lengai, dedak padi dan kapur (nisbah: 100:10:1). Air juga akan dibubuh kedalam mesin pembancuh media sehingga menjadi 75% kelembapan. Selepas itu bahan telah dicampurkan akan diuji tahap kelembapannya. Sekiranya ditahap baik ia akan dibawa kepada mesin pembungkusan secara mekanikal. Setiap beg bungkusan beranggaran dalam 700-800g didalam beg plastik lut sinar. Setelah itu ia akan ditutup secara manual oleh para pelajar dan para penunjuk ajar. Selepas itu ia akan dimasak/dipanaskan selama lapan jam. Ini membantu dalam pembunuhan bakteria.



Walaupun para pelajar didedahkan dari awal (pencampuran habuk kayu) hingga akhir iaitu pembungkusan, ada lagi langkah-langkah yang perlu dilakukan antaranya inokulasi yang melibatkan pembawaan gandum barli. Selepas itu pemeraman untuk pembiakan misillium selama 2 bulan. Anak cendawan (sporangum nod) memerlukan 2-3 hari untuk bercambah. Setelah itu ia hanya memerlukan 4 jam untuk menjadi dewasa. Setelah dewasa ia akan akan dituai sebanyak 7-9 kali. Bungkusan setelah itu akan direhatkan dalam 7 hingga 10 hari sebelum digunakan semula. Semua bungkusan (habuk kayu) yang tidak boleh digunakan lagi akan dijadikan baja kompos.

3. GAMBAR ALIRAN KERJA


Gambar 1: Habuk kayu getah dikumpulkan.

Gambar 2: Dedak padi (kiri) dan kapur disukat.

Gambar 3: Habuk kayu, dedak padi dan kapur dicampurkan kedalam (mixer) diikuti air.


Gambar 4: Bahan campuran yang telah siap dibawa ke dalam mesin pembungkus.

Gambar 5: Setelah dibungkus dalam plastik lut sinar yang disediakan, bungkusan akan disusun didalam raga.

Gambar 6: Bungkusan ditutupkan.

Gambar 7: Semua bungkusan disusun didalam raga dan dibawa masuk ke dalam kawah masak untuk dimasak selama 8 jam.

4. KESIMPULAN

Cendawan mempunyai pelbagai khasiat dan zat-zat nutrisi yang diperlukan oleh manusia. Pulangan dari industri ini juga mencecah beribu-ribu sebulan sekiranya dijaga dengan rapi. Akhirul kalam, amali ini mendedahkan pelajar kepada kepentingan industri cendawan, kerja-kerja amali yang perlu dilakukan sehingga amali selepas pasca tuai.

Disediakan oleh; Afiq Zuhair Bin Zahrin

No comments:

Post a Comment