LAPORAN AMALI MINGGU KE-7
Tarikh amali: Minggu 7(26.10.2018)
Amali: Hidroponik (Penuaian dan lepas tuai)
Tempat: Kompleks Agroteknologi
Penunjuk ajar:
l ABDULL GHAFFAR OTHMAN/ROSLIN ISMAIL
MAININAH TAHIR
KAMARUL ZAIDI ABD GHANI
ROBI SAAD
ZALIZA MAHAT
NOR AISHAH ISMAIL
HAFIDAH YAAKOP
PENGENALAN:
Penuaian adalah merupakan operasi awal dalam
pengendalian aktiviti lepas tuai. Kecekapan petani dalam memahami akan
kepentingan aktiviti ini sangat penting kerana kualiti sayuran sangat
bergantung kepada cara pengendalian yang betul.
Penerangan aktiviti amali yang dijalankan:
Di antara aspek penting bagi penuaian adalah menentukan tahap kematangan yang sesuai serta tepat dan cara penuaian dan pengendalian yang betul. Pada asasnya petani perlu faham akan tahap kematangan (maturity indexs) dengan betul ketika penuaian. Ini kerana ia mempengaruhi mutu selepas tuai dan ketahanan semasa penyimpanan. Kehendak pasaran menentukan masa memetik hasil sayuran sama ada pasaran perlukan yang muda, sedang atau cukup matang.
Penuaian perlu dilakukan pada waktu yang paling sejuk, sama ada pada awal pagi atau lewat petang. Sayuran untuk pasaran tempatan boleh dipetik pada waktu pagi. Untuk pasaran yang jauh, penuaian lebih baik dilakukan pada waktu petang sekiranya pengangkutan yang sesuai dapat diatur untuk mengangkut sayuran ke pasaran pada waktu malam atau awal pagi keesokan harinya.
Bekas pengisi sayuran yang digunakan semasa penuaian mestilah mempunyai saiz yang sesuai dan boleh dibawa oleh pekerja ke seluruh ladang. Bekas tersebut mestilah mempunyai lapisan dinding yang tidak tajam untuk mengelakkan cedera atau kerosakan pada sayur.
Carta alir gerak kerja amali:
Gambar 1: Semua ahli kumpulan sedang membuang air pada tapak
semaian dan memotong akar halus pada sayur salad dan sawi.
Gambar 2: Akar halus dan suku daripada
batang sayur sawi dan salad dipotong.
Gambar 4 : Sayur sawi dan salad yang telah ditimbang akan
dibungkus untuk dijual di pasaran.
Kesimpulan:
Penuaian dan pembungkusan perlu dilakukan dengan cermat bagi mengelakkan
berlaku kecederaan mekanikal. Produk yang menarik dan cantik dapat menarik
minat pengguna.
Disediakan oleh: 1. Ruban Raj a/l Chandran, 196960.
2. Nur Asyiqin Bt Mohd Azahari, 197699.
2. Nur Asyiqin Bt Mohd Azahari, 197699.
No comments:
Post a Comment