Tarikh amali: Minggu 2 (21.9.2018)
Amali: Bijirin dan Kekacang (Projek Jagung).
Tempat: Kebun sayur.
Penunjuk ajar:
l Encik Kamarul Zaidi Abdul Ghani
PENGENALAN:
Pada 21.09.2018, ahli-ahli kumpulan menjalankan aktiviti penanaman jagung dan beberapa jenis kekacang. Jagung yang digunakan adalah “Thai supersweet”. Jagung secara amnya terhasil dari kacukan hybrid yang melibatkan 2 jenis tumbuhan ataupun pokok yang berbeza. Oleh itu, sekiranya hasil benih yang diperolehi dari Thai supersweet dikacukkan sesama sendiri maka akan menjadi persenyawaan mati.
Tanaman jagung merupakan salah satu jenis tanaman biji-bijian dari keluarga rumput-rumputan. Berasal dari Amerika yang tersebar ke Asia dan Afrika melalui kegiatan orang-orang Eropa ke Amerika. Sekitar abad ke-16 orang Portugal menyebarluaskannya ke Asia. Orang Belanda menamakannya mais dan orang Inggeris menamakannya corn.
Tanaman jagung ini menguntungkan, jika sekiranya sumber-sumber yang tersedia ada seperti tanah dan musim yang sesuai serta amalan kultura dapat digunakan dengan sebaik-baiknya. Jagung terkenal sebagai satu tanaman yang kuat ‘makan’, sehingga ianya sensitif kepada sedikit sahaja perubahan terhadap kandungan zat-zat makanan atau nutrien dan air dalam tanah.
Penerangan aktiviti amali yang dijalankan:
Jagung (Zea mays) perlu ditanam oleh setiap pelajar dengan batasnya tersendiri. Sebelum menanam biji benih, tanah (batas) sudah disediakan oleh pihak penunjuk ajar. Oleh itu, pelajar haruslah menanam biji benih di atas batas. Mahupun begitu, pelajar yang batasnya menimpa kerosakan akibat hujan lebat harus membuat batas baru (mounting). Apabila menanam, biji benih haruslah dibubuh 2 biji pada setiap lubang. Jarang antara pokok jagung yang bakal tumbuh adalah 30cm seperti yang disyorkan para penunjuk ajar. Setelah itu, lubang cetek menggunakan paip pvc dibuat untuk meletakkan biji benih dan dikambus. Biji benih dibiarkan tanpa disiram kerana hujan yang mencukupi. Selepas itu para pelajar perlu menampal maklumat pelajar pada setiap batas dengan penanda besi yang disediakan. Untuk amali harian pelajar haruslah merujuk buku Nota Ringkas Tanaman Makanan dan kertas Program Kerja Jagung Manis ‘Thai Suppersweet’.
Para pelajar juga didedahkan dengan kaedah penanaman kekacang iaitu kacang soya, hijau dan taugeh walaupun amali tidak tumpukan pada penanaman kekacang dan sekadar pendedahan. Setiap batas ditanam beberapa jenis kekacang tertentu tanpa mengira jarak khusus (15cm) setiap pokok. Biji benih soya dan kacang hijau ditanam sebiji demi sebiji manakala taugeh ditanam secara berterabur.
Carta alir gerak kerja amali:
Gambar aktiviti amali yang sedang dijalankan:
Kesimpulan:
Gambar aktiviti amali yang sedang dijalankan:
Gambar 1: Membuat lubang untuk biji benih dan kambus.
Gambar 2: Pelabelan maklumat pelajar pada batas.
Kesimpulan:
Dapat disimpulkan bahawa penanaman jagung dan jenis kekacang memerlukan teknik yang tepat. Jagung misalnya perlukan penjarangan dan penyulaman setelah biji benih telah tumbuh. Jarak yang sesuai memastikan jagung dapat sumber tumbesaran tanpa bersaing sesama jagung. Cabaran yang bakal dihadapi para pelajar adalah sumber air, dimana air samada hujan tidak turun ataupun hujan lebat yang merosakkan batas, haiwan perosak seperti tikus, dan seumpamanya. Amali penyelenggaraan perlu dilakukan secara berjadual seperti pembaikian batas, pembubuhan baja (NPK hijau/biru), penyiraman, dan menyembur racun secara serata mengikut barisan jagung.
Disediakan oleh: Afiq Zuhair Bin Zahrin, 196313.
No comments:
Post a Comment