TARIKH AMALI : MINGGU 3 ( 28/9/2018 )
AMALI : HIDROPONIK ( PENANAMAN )
TEMPAT : KOMPLEKS AGROTEKNOLOGI
PENUNJUKAJAR : ABDULL GHAFFAR OTHMAN
ROSLIN ISMAIL
MAININAH TAHIR
KAMARUL ZAIDI ABD GHANI
ROBI SAAD
ZALIZA MAHAT
NOR AISHAH ISMAIL
HAFIDAH YAAKOP
1. PENGENALAN
Hidroponik adalah suatu teknik penanaman tanpa tanah tetapi media yang berasaskan. Penanaman secara hidroponik dilakukan oleh individu sebagai hobi dan juga secara besar-besaran untuk tujuan komersial. Dua teknik utama penanaman hidroponik iaitu takungan tanpa aliran dan palong dengan aliran air. Antara tempat yang sesuai untuk tanaman hidroponik ialah di koridor rumah, beranda, patio, porch atau di bawah ‘greenhouse’.
2. PENERANGAN
Penanaman hidroponik boleh mendatangkan banyak faedah seperti mengawal serangga, menambahkan jangka hayat tanaman, mudah dikendalikan, mesra alam, menjimatkan kos, bersih dan selamat. Bagi tanaman hidroponik, kita perlu memastikan ia mendapat cahaya matahari yang cukup sekurang-kurangnya separuh hari sama ada pagi atau petang. Selain itu, kita mesti mengelakkan daripada air hujan terus masuk ke dalam takungan hidroponik kerana ia akan menganggu campuran larutan air dan baja. Sebelum memulakan penanaman hidroponik, kita perlu menjalankan kerja pembajaan. Kita perlu menyediakan batu fomilasi baja lengkap dengan sebatian 14 jenis unsur nutrien iaitu nitrogen, fosforus, kalium, sulfat, magnesium, magan, ferum, kuprum, zink, boron, ammonium, molibdenum dan natrium manakala unsur oksigen, hidrogen dan karbon diperolehi dari udara. Unsur sebatian mesti betul-betul larut dalam air agar mudah diagih ke setiap pokok dengan seragam. Di samping itu, kepekatan stok adalah 100 kali hingga 200 kali ganda daripada yang diperlukan oleh pokok.
3.
ALIRAN GERAK KERJA AMALI
- Peralatan berkebun seperti tapak semaian, baldi, penyiram, cawan penyukat, elektronik conductor ( EC meter ) dan pasu plastik kecil diambil di rumah stok.
- Tapak semaian dibersihkan, disusun teratur dan ditambah air ke aras serata.
- Stok A ( kalsium itrat dan zat ferum ) dan stok B ( 9 jenis unsur ) disediakan.
- Stok A disukat 50 ml dan dicampur ke dalam tapak semaian.
- Stok B disukat 50 ml dan dicampur ke dalam tapak semaian.
- Unsur dikacau agar betul-betul larut dalam air.
- EC meter digunakan supaya kepekatan larutan boleh diukur tepat pada 1.60.
- Anak benih sayur salad serta sawi disediakan dan dimasuk ke dalam pasu kecil dengan akar halusnya dikeluarkan tapak pasu dengan lembut.
- Tapak semaian ditutup dan pasu anak benih dimasuk ke dalam lubang penutup semaian.
- Tapak pasu anak benih dipastikan tersentuh larutan agar penyerapan nutrient didapati.
4. GAMBAR AKTIVITI AMALI YANG SEDANG DIJALANKAN
Gambar 1: Penunjukajar menambahkan stok A ke dalam air. Cecair berwarna biru ialah stok A manakala cecair berwarna teh ialah stok B.
Gambar 2: Anak benih salad sayur disediakan.
Gambar 3: Anak benih sayur dimasukkan ke dalam pasu dengan berlembut.
Gambar 4: Semua ahli bekerjasama menambahkan air ke dalam tapak semaian.
5. KESIMPULAN
Manusia digalakkan untuk menjalankan penanaman hidroponik kerana ini merupakan cara mudah dan selamat untuk mendapat sumber makanan seperti sayur-sayuran.
No comments:
Post a Comment