Tuesday, 25 December 2018

Laporan Ladang Tanaman Minggu 10

TARIKH AMALI : MINGGU 10 ( 16/11/2018)
AMALI : SAYURAN (PENUAIAN DAN LEPAS TUAI)
TEMPAT : KEBUN SAYUR, UNIT SAYURAN TPU
PENUNJUKAJAR :
ABDULL GHAFFAR OTHMAN / ROSLIN ISMAIL
HELMI AZRO MD.HASSAN
CIK JUNIZAWATI MOHD. ZIN
KAMARUL ZAIDI ABD GHANI
ABD. HAMID ASMAWI
SAIYYIDINA HAMZAH MUHAMMAD
ASLINAH ADNAN
KHAIRUL ASLIM ABD. RAUF
NOR ALAUYAH MUSA

1. PENGENALAN
Penuaian sayur-sayuran dan lepas tuai dijalankan selepas empat minggu penanaman sayur. Jenis-jenis sayuran yang ditanam ialah kangkung, bayam hijau, bayam merah dan bayam variegated merah hijau.

2. PENERANGAN
Selepas empat minggu penanaman sayur dan membaja urea, penuaian sayur dapat dijalankan secara cekap dan berkesan. Penuaian merupakan operasi awal dalam pengendalian aktiviti lepas tuai. Oleh sebab kerana kualiti sayuran sangat bergantung kepada cara pengendalian yang betul, kecekapan pelajar dalam memahami kepentingan aktiviti adalah sangat penting. Penuaian hasil sayur perlu dilakukan secara cermat dan teliti bagi mengurangkan kerugian atas hasil sayur. Kebanyakan sayur segar dapat dipetik dengan menggunakan tangan atau pisau yang tajam. Bagi sayur daun seperti sayur bayam dan kangkung perlu dipetik dengan tangan. Bahagian tangkai sayur perlu dipastikan tidak menyentuh permukaan tanah. Sayuran yang dipetik juga perlu dielakkan daripada tercemar dengan tidak meletakkan sayur ke atas tanah basah. Selain itu, sayuran yang terdedah di sinaran panas matahari akan mengalami peningkatan suhu dan seterusnya merosakkan sayur. Jadi, selepas memetik sayur-sayuran, sayur segar perlu dikumpulkan dalam bekas yang bersih dan segera dihantar ke tempat yang redup seperti kilang pembungkusan.

3. KERJA AMALI
a) Sayur-sayuran dipetik dengan menggunakan tangan secara teliti. Tangkai sayur ditarik supaya daun sayur tidak dirosakkan.
b) Hasil sayur diletakkan ke dalam bekas seperti bakul plasti untuk mengelakkan sayur tercemar dari sisa yang reput.
c) Hasil sayur dihantar ke rumah pemproses. 
d) Sayur-sayuran dipilih dan diasingkan mengikut warna dan saiz. Sayur yang tercemar oleh perosak serangga telah dibuang. Sayur yang layu dan terlalu kecil juga dibuang. Bahagian akar sayur-sayuran juga dipotongkan.
e) Sayur-sayuran yang siap dipilih boleh dibersihkan ke dalam bekas air yang besar.
f) Sayur-sayuran ditimbang mengikut jenis masing-masing.
g) Sayur boleh dibungkus dalam beg plastik dan beg plastik dimatikan.
h) Hasil sayur dimasukkan ke rumah penyimpanan@penyejukan.
                                                                       

4. GAMBAR AKTIVITI AMALI YANG SEDANG DIJALANKAN
Gambar 1 :
Hasil sayur di kebun. Jenis-jenis sayur seperti bayam variegated merah hijau, bayam hijau, bayam merah dan kangkung.

Gambar 2:
Ulat larva, perosak serangga yang makan daun sayur.

Gambar 3:


Ahli kumpulan tengah memotong bahagian akar sayur-sayuran yang tidak diperlukan.

Gambar 4:
Ahli kumpulan sedang membersihkan sayur-sayuran.

Laporan Minggu Ke-14


Laporan Amali Minggu Ke-14



TARIKH AMALI                 :   MINGGU 14 (14/12/2018)

AMALI                                 :   PADI (MENGUBAH DAN TANAM DENGAN JENTERA)

TEMPAT                               :   LADANG 10B

PENUNJUK AJAR               :  ABDUL GHAFFAR OTHMAN / ROSLI ISMAIL

                                                  KAMARUL ZAIDI ABD GHANI

                                                  FIRDAUS KARDI
                                                  
                                                  KHAIRUL IZWAN RAMILI

                                                  NOOR KHAMARUL RIEZA MOHD. LOKMAN

                                                  NOR BAIZURA MD YUSOF

                                                 RUZIYANA ARSAD



                                                  SITI NADIRAH DASAR

                                                  NUR SYAFIZA MUSA

1. PENGENALAN


Penanaman menggunakan jentera memudahkan kerja zaman kini walaupun tidak dinafikan kosnya yang tinggi. Pada amali minggu ini pelajar akan didedahkan kepada penggunaan teknologi jentera berkuku kambing moden dan juga penanaman menggunakan tangan dan menggunakan kuku kambing. Teknologi ini berasal dari Cina dimana jenisnya ialah Kubota Rice Transplanter Nsd-8. Jentera ini membantu petani dalam mengurangkan waktu kerja di ladang terutamanya kawasan yang luas. Perlu diingatkan kawalan paras air perlu dititik beratkan supaya sistem deria jentera tidak salah tanam dengan cara yang tidak diingini petani. Para pelajar akan menanam padi pada 2 kawasan iaitu di sawah terbuka dan disawah bertutup secara bergilir.

2. PENERANGAN


Pada permulaannya para pelajar akan diberi taklimat  mengenai amali minggu ini. Selepas itu para pelajar akan dibawa ke kawasan sawah. Para pelajar akan terlebidahulu memisahkan benih padi dari tray yang telah ditanam sebelum ini dengan menggulungkannya menjadi seolah-olah tikar digulung. Selepas itu, pelajar akan mengambil padi-padi yang telah ditanam sebelum ini yang menggunakan kaedah tabur terus dalam segenggam dari semasa ke semasa dan dikumpulkan pada tray. Ketika menggenggam, padi-padi tersebut akan dicabut/potong supaya nampak keseragaman, susah tumbang, mengurangkan kadar transpirasi dan mudah untuk dibawa. Padi-padi yang digulungkan akan dibawa dan disusun ke dalam mesin. Mengikut giliran dengan beberapa bilangan pelajar (4-6 orang) tertentu, para pelajar ada yang akan membawa jentera padi di sawah terbuka manakala yang lain akan ke tapak sawah bertutup (menggunakan kuku kambing). Kedua-dua kaedah ini dipanggil "cara mengubah". Kepada para pelajar yang tidak dapat menggunakan kuku kambing akan menggunakan tangan secara langsung. Ketika menggunakan tangan para pelajar seharusnya berjaga-jaga dalam memastikan padi tidak jatuh. Sekiranya kawasan yg dicendung tidak mempunyai selut perlu diambil selut disekitar kawasan penanaman kepada tempat yang ingin ditanam padi.

3. GAMBAR ALIRAN KERJA

Gambar 1: Padi yang disemai dalam tray.


Gambar 2: Padi yang digulungkan.

Gambar 3: Penunjuk ajar memberikan penerangan mengenai penggunaan jentera.

Gambar 4: Padi yang digulungkan akan disusun ke bahagian planting portion.

Gambar 5: Padi yang sudah bersedia untuk ditanam.

Gambar 6: Kuku kambing jentera yang akan membantu dalam penanaman di sawah.

Gambar 7: Para pelajar didedahkan kepada kaedah menggunakan jentera padi secara bergilir.

Gambar 8: Para pelajar menanam padi dengan menggunakan tangan (mencendung).

Gambar 9: Kuku kambing.

4. KESIMPULAN

Terdapat beberapa kaedah penanaman padi pada zaman alaf digital ini. Dari masa ke semasa teknologi yang lama akan digantikan dengan teknologi yang baru. Oleh itu para petani dan pelajar juga seharusnya peka dengan teknologi semasa bagi memudahkan kerja harian disamping yang dapat membawa pulangan modal yang tinggi. Akhir sekali, setiap kaedah mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri seperti kaedah mengubah adalah mudah dalam menyusun padi, menyembur  racun dan membaja manakala kaedah tabur terus sukar kerana ia bukan dalam bentuk satu barisan khusus.

Disediakan oleh: Afiq Zuhair Bin Zahrin

Monday, 24 December 2018

Laporan amali minggu 12


Laporan Amali Minggu Ke-12

TARIKH AMALI                 :  Minggu 12 (30/11/2018) 

AMALI                                 :   Pasca tuai jagung 

TEMPAT                               :  Kebun Sayur

PENUNJUKAJAR                :  Abdul Ghaffar Othman / Roslin Ismail
                                                   Helmi Azro Md. Hassan
                                                   Kamarul Zaidi Abd Ghani
                                                   Nor Aishah Ismail
                                                   Mohd. Faiz Mohd. Shapie
                                                   Hafidah Yaakop 
                                                   Saiyyidina Hamzah Muhammad
                                                   Khairul Aslim Abd. Rauf



Pengenalan
Penjagaan sehingga penuaian tanaman adalah asas dalam sektor tanaman terutama untuk tanaman makanan. Para pelajar dapat mempelajari dan memahami kerja-kerja pengurusan dan penuaian tanaman. Terdapat banyak masalah sepanjang penjagaan tanaman jagung antaranya air hujan bertakung di atas batas, serangan serangga dan juga serangan tikus. Namun, masalah ini dapat diatasi oleh pelajar dengan membuat sistem perparitan dan juga baja tikus. Jagung yang telah matang dapat dikenalpasti melalui warna jagung, saiz jagung dan juga rerambut jagung menjadi keperangan.
Tempoh untuk menuai jagung adalah selama 100 hingga 120 hari.

Carta alir gerak kerja amali


























Aktiviti yang dilakukan



 
Gambar 1: Jagung yang matang dituai.
Gambar 2: Para pelajar memilih 5 hasil terbaik daripada batas mereka.

Gambar 3: Jagung dikumpul ke dalam traktor untuk dibawa ke tempat pengumpulan jagung.

Gambar 4: Pegawai menunjukkan cara pembungkusan yang betul.




Gambar 5: Pelajar membungkus jagung mengikut kumpulan.



Gambar 6: Pelajar membakar jagung dan menikmati sedikit jamuan.





Kesimpulan
Di akhir amali, para pelajar dapat mengetahui cara-cara penjagaan jagung dan cara mengatasi masalah yang dihadapi dengan berkesan. Selain itu, para pelajar mengetahui teknik pembungkusan yang betul bagi menjamin kesegaran dan ketahanan jagung.


Disediakan oleh:
Nurazeyana binti md othman (198280)
Nur ain deyana binti kamarolzaman (196154)













































LAPORAN AMALI MINGGUAN (MINGGU 13)


TARIKH : Minggu 13 (7/12/2018)
AMALI : Padi (Penyediaan Tanah Sawah)
TEMPAT : Ladang 10B
PENUNJUK AJAR : - Abdul Ghaffar Othman / Roslin Ismail
                                   - Allan Lajot
                                   - Kamarul Zaidi Abdul Ghani
                                   - Firdaus Kardi
                                   - Khairul Izwan Ramili
                                   - Noor Khamarul Riezza Mohd. Lokman
                                   - Nor Baizura Md Yusof
                                   - Ruziyana Arsad
                                   - Siti Nadirah Dasar
                                   - Nur Syafiza Musa


1.PENGENALAN

Padi (Oryza sativa) merupakan satu daripada tanaman bijirin dan merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk di Asia, Amerika Latin dan Caribbean. Di Malaysia padi yang ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah yang juga dikenali sebagai padi bendang, dan padi huma atau padi bukit. Padi sawah atau padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Padi sawah memerlukan penggunaan air dan baja yang banyak serta perlu ditanam dengan cara yang teratur. Penanaman terhadap padi ini juga mempunyai dua iaitu penanaman secara manual atau pun mesin. Jadi pada kelas amali kali ini, kami mempelajari kedua-duanya.

2. PENERANGAN

Pada amali kali ini, setiap kumpulan telah mendengar taklimat dan mempelajari kaedah penggunaan jentera penanaman 2 roda.




Penggunaan jentera ini atau lebih, dikenali dengan nama "power tiller" bagi meningkatkan kualiti tanah sawah dan seterusnya dapat menghasilkan tanaman padi yang berkualiti. Power Tiller merupakan implemen yang dipasangkan pada jentera dua roda bagi menjalankan kerja putaran dan penyisiran tanah sawah serta digunakan untuk meratakan tanah sawah selepas kerja-kerja putaran dijalankan dengan menggunakan traktor 4 roda.
     Penggunaan "power tiller" ini, saiz kelumatan tanah sawah padi yang dikehendaki dapat dicapai pada saiz kurang daei 2.5 sentimeter selain menyisir segala bendasing yang tertinggal dalam petak sawah selepas kerja pembajakan dan putaran oleh traktor. 

Antara kebaikan ataupun kelebihan menggunakan mesin power tiller ini adalah :

1. Masa bekerja dapat dijimatkan.
2. Pengurusan sawah yang optima.
3. Kecekapan pembajaan lebih efisyen.
4. Pengawalan rumpai berkesan.

Kelebihan  rake power tiller ini adalah :
1.Mewujudkan pertapakan pokok padi yang seragam dan sekata.
2.Dapat mengawal secara menyeluruh terhadap serangan siput gondang emas bagi kawasan berlopak serta bebanan tanah akibat penggunaan jentera dapat dikurangkan,

    Secara kesimpulannya, alat ini dapat membantu peladang dalam menangani masalah tanah sawah tidak rata, terutama sekali ketika musim basah selain ringan dan mudah untuk dikendalikan berbanding traktok 4 roda dan ini dapat meminimakan kemasukan jentera barat.

CARA-CARA MENGHIDUPKAN JENTERA
1. Dengan menggunakan kunci atau pun switch.
2. Dengan memutarkan angkol dengan kaki kiri dan tangan kanan.
3.sistem gear mesti free dan baru angkol dalan kedudukan run atau start.
4. Buka cok untuk lepaskan mampatan sambil angkol.

5. Bila jentera terlepas biarkan saja ia bergerak terus dan tidak perlu dikawal.


Gambar 1: Penunjuk ajar menerangkan bahagian bahagian mesin serta fungsinya kepada para pelajar.


 Gambar 2 : Para pelajar mendengar dengan teliti penerangan dari penunjuk ajar. 


Gambar 3 : Keadaan 
 sawah yang belum dibajak.


Gambar 4 : Taklimat mengenai cara pengendalian jentera.


Gambar 5 : Pegawai memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara pengendalian jentera. 



Gambar 6 : Aktiviti pembersihan sawah sebelum penanaman padi.


Gambar 7 : Membersihkan sawah untuk aktiviti penanaman padi.

LAPORAN AMALI MINGGU KE-11


Laporan Amali Minggu Ke-11



TARIKH AMALI                 :   MINGGU 11 (23/11/2018)

AMALI                                 :   PADI Oryza sativa (Semaian Tikar dan Semaian Basah)

TEMPAT                               :   LADANG 10B 


PENUNJUKAJAR                :  ABDUL GHAFFAR OTHMAN / ROSLIN ISMAIL

                                                  KAMARUL ZAIDI ABD GHANI

                                                  FIRDAUS KARDI

                                                  NOOR KHAMARUL RIEZA MOHD LOKMAN

                                                  NOR BAIZURA MD YUSOF

                                                  RUZIYANA ARSAD

                                                  SITI NADIRAH DASAR

                                                  NUR SYAFIZA MUSA


1.PENGENALAN

Padi (oryza sativa) merupakan satu daripada tanaman bijirin dan merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk di Asia , Amerika Latin dan Caribean. Di Malaysia, padi yang ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah yang juga dikenali sebagai padi bendang, dan padi huma atau padi bukit. padi sawah atau padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak ditanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Padi sawah memerlukan penggunaan air dan baja yang banyak serta perlu ditanam dengan cara yang teratur.

2.PENERANGAN
Sistem Talam
Talam berukuran 58 x 3 sm digunakan dengan media abu sekam yang telah dibakar . Baja MPK atau amosfos ditaburkan dengan kadar 30-50 g/m (5-10 g/talam) seminggu selepas biji benih ditabur. Biji benih ditabur rata dan padat menutup permukaan media dan disiram serta disusun bertindih-tindih dan ditinggalkan 2 hari sebelum dipindah ke petak sawah. Selepas 2-3 minggu semaian tersebut sesuai diubah menggunakan jentera.

Semaian basah
Tapak semaian ini dibuat  di dalam sawah di mana tanah-tanah dinaikkan sedikit daripada paras air.









3.ALIRAN GERAKAN KERJA AMALI

carta alir gerak sistem talam :
  


4.GAMBAR AKTIVITI AMALI YANG DISEDIAKAN





Gambar 1 : 10g baja jitu ditaburkan


 

Gambar 2 : 250g biji benih ditaburkan sama rata diatas lapisan sekam bakar.

 
Gambar 3 : 50g sekam bakar ditaburkan


                      
Gambar 4 : Penyiraman dilakukan 

                   
Gambar 5 : semaian dihamparkan selepas 3 hari

5. KESIMPULAN
Padi merupakan tanaman penghasil beras beras adalah sumber karbohidrat yang sangat diperlukan oleh tubuh manusia 

Sunday, 23 December 2018

LOPORAN MINGGU KE 6

LAPORAN AMALI

Tarikh Amali : Minggu 6 (19/10/2018)
Tempat : Kebun sayur , Unit Sayuran TPU
Penujuk Ajar : - Abdul Ghaffar Othman / Roslin Ismail
                         - Helmi Azro Md.Hassan
                         - Kamarul Zaidi Abdul Ghani
                         - Cik Junizawati Mohd.Zin
                         - Khairul Aslim Abd.Rauf
                         - Nor Alauyah Musa
                         - Saiyyidina Hamzah Muhammad
                         - Abd. Hamid Asmawi
                         - Aslinah Adnan


Pengenalan 

  Dalam amali pada hari minggu keenam (19/10/2018) , sayur bayam dan kangkung telah ditanam. Para pelajar telah dibahagikan kepada tanam sayur-sayuran yang tertentu. Seterusnya , penunjuk ajat telah menerangkan cara prnanaman sayur kangkung , baryam dan cara penyediaan tapak.

Penerangan aktiviti amali yang dijalankan

    Pada pulul 8.45am, pelajar berkumpul di tapak selepas mendergar taklimat yang diberi oleh menunjur ajar. Para pelajar telah diberi tugasan untuk buang rumpai.

   Selepas mengbuang rumpai , para pelajar menggunakan cangkul untuk megemparkan tanah dan meratakan tanah

    Kedua-dua sayur terlah diggunakan terknij yang asing untuk tanam. Untuk tanaman kangkung , biji benih telah dimakksn ke lubang kecilpada batas dan kemudian tutup lubang dengan tanah.Untuk tanaman baryam benih telah dicampur dengan pasir supaya dapat kekalkan di tanah.

  Akhir sekali , para pelajar membuat sungkapan dengan jerami padi di atas batas.Tujuan membuat sungkupan adalah melindungi dari sinaran matahari.


Carta aliran gerak kerja amali





Gambar Aktiviti Amali Yang Telah Dijalankan






Gambar 1 ;En.Helmi Azro Md.Hassan serdang memberi maklumat tentang penanaman sayur kangkung dan bayam​




Gambar 2 : Baja NPK digunakan sebanyak 300g



Gambar 3 : Baja Organik digunakan sebagai baja tanaman sayur ​kangkung dan bayam







Gambar 4 : Jerami padi diletakan sebagai pengawal suhu 



Kesimpulan

Terdapat banyak langkah untuk menanam sayur kangkung dan bayam telah kami belajar. Oleh itu ,para pelajar harus mengikuti langkah-langkah supaya dapat hasilan yang tinggi dan sayur yang subur. ​



DISEDIAKAN OLEH ; MOHAMED IZA LIM JING BIN MOHAMED ISA