Tuesday, 25 December 2018

Laporan Minggu Ke-14


Laporan Amali Minggu Ke-14



TARIKH AMALI                 :   MINGGU 14 (14/12/2018)

AMALI                                 :   PADI (MENGUBAH DAN TANAM DENGAN JENTERA)

TEMPAT                               :   LADANG 10B

PENUNJUK AJAR               :  ABDUL GHAFFAR OTHMAN / ROSLI ISMAIL

                                                  KAMARUL ZAIDI ABD GHANI

                                                  FIRDAUS KARDI
                                                  
                                                  KHAIRUL IZWAN RAMILI

                                                  NOOR KHAMARUL RIEZA MOHD. LOKMAN

                                                  NOR BAIZURA MD YUSOF

                                                 RUZIYANA ARSAD



                                                  SITI NADIRAH DASAR

                                                  NUR SYAFIZA MUSA

1. PENGENALAN


Penanaman menggunakan jentera memudahkan kerja zaman kini walaupun tidak dinafikan kosnya yang tinggi. Pada amali minggu ini pelajar akan didedahkan kepada penggunaan teknologi jentera berkuku kambing moden dan juga penanaman menggunakan tangan dan menggunakan kuku kambing. Teknologi ini berasal dari Cina dimana jenisnya ialah Kubota Rice Transplanter Nsd-8. Jentera ini membantu petani dalam mengurangkan waktu kerja di ladang terutamanya kawasan yang luas. Perlu diingatkan kawalan paras air perlu dititik beratkan supaya sistem deria jentera tidak salah tanam dengan cara yang tidak diingini petani. Para pelajar akan menanam padi pada 2 kawasan iaitu di sawah terbuka dan disawah bertutup secara bergilir.

2. PENERANGAN


Pada permulaannya para pelajar akan diberi taklimat  mengenai amali minggu ini. Selepas itu para pelajar akan dibawa ke kawasan sawah. Para pelajar akan terlebidahulu memisahkan benih padi dari tray yang telah ditanam sebelum ini dengan menggulungkannya menjadi seolah-olah tikar digulung. Selepas itu, pelajar akan mengambil padi-padi yang telah ditanam sebelum ini yang menggunakan kaedah tabur terus dalam segenggam dari semasa ke semasa dan dikumpulkan pada tray. Ketika menggenggam, padi-padi tersebut akan dicabut/potong supaya nampak keseragaman, susah tumbang, mengurangkan kadar transpirasi dan mudah untuk dibawa. Padi-padi yang digulungkan akan dibawa dan disusun ke dalam mesin. Mengikut giliran dengan beberapa bilangan pelajar (4-6 orang) tertentu, para pelajar ada yang akan membawa jentera padi di sawah terbuka manakala yang lain akan ke tapak sawah bertutup (menggunakan kuku kambing). Kedua-dua kaedah ini dipanggil "cara mengubah". Kepada para pelajar yang tidak dapat menggunakan kuku kambing akan menggunakan tangan secara langsung. Ketika menggunakan tangan para pelajar seharusnya berjaga-jaga dalam memastikan padi tidak jatuh. Sekiranya kawasan yg dicendung tidak mempunyai selut perlu diambil selut disekitar kawasan penanaman kepada tempat yang ingin ditanam padi.

3. GAMBAR ALIRAN KERJA

Gambar 1: Padi yang disemai dalam tray.


Gambar 2: Padi yang digulungkan.

Gambar 3: Penunjuk ajar memberikan penerangan mengenai penggunaan jentera.

Gambar 4: Padi yang digulungkan akan disusun ke bahagian planting portion.

Gambar 5: Padi yang sudah bersedia untuk ditanam.

Gambar 6: Kuku kambing jentera yang akan membantu dalam penanaman di sawah.

Gambar 7: Para pelajar didedahkan kepada kaedah menggunakan jentera padi secara bergilir.

Gambar 8: Para pelajar menanam padi dengan menggunakan tangan (mencendung).

Gambar 9: Kuku kambing.

4. KESIMPULAN

Terdapat beberapa kaedah penanaman padi pada zaman alaf digital ini. Dari masa ke semasa teknologi yang lama akan digantikan dengan teknologi yang baru. Oleh itu para petani dan pelajar juga seharusnya peka dengan teknologi semasa bagi memudahkan kerja harian disamping yang dapat membawa pulangan modal yang tinggi. Akhir sekali, setiap kaedah mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri seperti kaedah mengubah adalah mudah dalam menyusun padi, menyembur  racun dan membaja manakala kaedah tabur terus sukar kerana ia bukan dalam bentuk satu barisan khusus.

Disediakan oleh: Afiq Zuhair Bin Zahrin

No comments:

Post a Comment