Monday, 24 December 2018

LAPORAN AMALI MINGGUAN (MINGGU 13)


TARIKH : Minggu 13 (7/12/2018)
AMALI : Padi (Penyediaan Tanah Sawah)
TEMPAT : Ladang 10B
PENUNJUK AJAR : - Abdul Ghaffar Othman / Roslin Ismail
                                   - Allan Lajot
                                   - Kamarul Zaidi Abdul Ghani
                                   - Firdaus Kardi
                                   - Khairul Izwan Ramili
                                   - Noor Khamarul Riezza Mohd. Lokman
                                   - Nor Baizura Md Yusof
                                   - Ruziyana Arsad
                                   - Siti Nadirah Dasar
                                   - Nur Syafiza Musa


1.PENGENALAN

Padi (Oryza sativa) merupakan satu daripada tanaman bijirin dan merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk di Asia, Amerika Latin dan Caribbean. Di Malaysia padi yang ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah yang juga dikenali sebagai padi bendang, dan padi huma atau padi bukit. Padi sawah atau padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Padi sawah memerlukan penggunaan air dan baja yang banyak serta perlu ditanam dengan cara yang teratur. Penanaman terhadap padi ini juga mempunyai dua iaitu penanaman secara manual atau pun mesin. Jadi pada kelas amali kali ini, kami mempelajari kedua-duanya.

2. PENERANGAN

Pada amali kali ini, setiap kumpulan telah mendengar taklimat dan mempelajari kaedah penggunaan jentera penanaman 2 roda.




Penggunaan jentera ini atau lebih, dikenali dengan nama "power tiller" bagi meningkatkan kualiti tanah sawah dan seterusnya dapat menghasilkan tanaman padi yang berkualiti. Power Tiller merupakan implemen yang dipasangkan pada jentera dua roda bagi menjalankan kerja putaran dan penyisiran tanah sawah serta digunakan untuk meratakan tanah sawah selepas kerja-kerja putaran dijalankan dengan menggunakan traktor 4 roda.
     Penggunaan "power tiller" ini, saiz kelumatan tanah sawah padi yang dikehendaki dapat dicapai pada saiz kurang daei 2.5 sentimeter selain menyisir segala bendasing yang tertinggal dalam petak sawah selepas kerja pembajakan dan putaran oleh traktor. 

Antara kebaikan ataupun kelebihan menggunakan mesin power tiller ini adalah :

1. Masa bekerja dapat dijimatkan.
2. Pengurusan sawah yang optima.
3. Kecekapan pembajaan lebih efisyen.
4. Pengawalan rumpai berkesan.

Kelebihan  rake power tiller ini adalah :
1.Mewujudkan pertapakan pokok padi yang seragam dan sekata.
2.Dapat mengawal secara menyeluruh terhadap serangan siput gondang emas bagi kawasan berlopak serta bebanan tanah akibat penggunaan jentera dapat dikurangkan,

    Secara kesimpulannya, alat ini dapat membantu peladang dalam menangani masalah tanah sawah tidak rata, terutama sekali ketika musim basah selain ringan dan mudah untuk dikendalikan berbanding traktok 4 roda dan ini dapat meminimakan kemasukan jentera barat.

CARA-CARA MENGHIDUPKAN JENTERA
1. Dengan menggunakan kunci atau pun switch.
2. Dengan memutarkan angkol dengan kaki kiri dan tangan kanan.
3.sistem gear mesti free dan baru angkol dalan kedudukan run atau start.
4. Buka cok untuk lepaskan mampatan sambil angkol.

5. Bila jentera terlepas biarkan saja ia bergerak terus dan tidak perlu dikawal.


Gambar 1: Penunjuk ajar menerangkan bahagian bahagian mesin serta fungsinya kepada para pelajar.


 Gambar 2 : Para pelajar mendengar dengan teliti penerangan dari penunjuk ajar. 


Gambar 3 : Keadaan 
 sawah yang belum dibajak.


Gambar 4 : Taklimat mengenai cara pengendalian jentera.


Gambar 5 : Pegawai memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara pengendalian jentera. 



Gambar 6 : Aktiviti pembersihan sawah sebelum penanaman padi.


Gambar 7 : Membersihkan sawah untuk aktiviti penanaman padi.

No comments:

Post a Comment