TARIKH AMALI : MINGGU 10 ( 16/11/2018)
AMALI : SAYURAN (PENUAIAN DAN LEPAS TUAI)
TEMPAT : KEBUN SAYUR, UNIT SAYURAN TPU
PENUNJUKAJAR :
ABDULL GHAFFAR OTHMAN / ROSLIN ISMAIL
HELMI AZRO MD.HASSAN
CIK JUNIZAWATI MOHD. ZIN
KAMARUL ZAIDI ABD GHANI
ABD. HAMID ASMAWI
SAIYYIDINA HAMZAH MUHAMMAD
ASLINAH ADNAN
KHAIRUL ASLIM ABD. RAUF
NOR ALAUYAH MUSA
1. PENGENALAN
Penuaian sayur-sayuran dan lepas tuai dijalankan selepas empat minggu penanaman sayur. Jenis-jenis sayuran yang ditanam ialah kangkung, bayam hijau, bayam merah dan bayam variegated merah hijau.
2. PENERANGAN
Selepas empat minggu penanaman sayur dan membaja urea, penuaian sayur dapat dijalankan secara cekap dan berkesan. Penuaian merupakan operasi awal dalam pengendalian aktiviti lepas tuai. Oleh sebab kerana kualiti sayuran sangat bergantung kepada cara pengendalian yang betul, kecekapan pelajar dalam memahami kepentingan aktiviti adalah sangat penting. Penuaian hasil sayur perlu dilakukan secara cermat dan teliti bagi mengurangkan kerugian atas hasil sayur. Kebanyakan sayur segar dapat dipetik dengan menggunakan tangan atau pisau yang tajam. Bagi sayur daun seperti sayur bayam dan kangkung perlu dipetik dengan tangan. Bahagian tangkai sayur perlu dipastikan tidak menyentuh permukaan tanah. Sayuran yang dipetik juga perlu dielakkan daripada tercemar dengan tidak meletakkan sayur ke atas tanah basah. Selain itu, sayuran yang terdedah di sinaran panas matahari akan mengalami peningkatan suhu dan seterusnya merosakkan sayur. Jadi, selepas memetik sayur-sayuran, sayur segar perlu dikumpulkan dalam bekas yang bersih dan segera dihantar ke tempat yang redup seperti kilang pembungkusan.
3. KERJA AMALI
a) Sayur-sayuran dipetik dengan menggunakan tangan secara teliti. Tangkai sayur ditarik supaya daun sayur tidak dirosakkan.
b) Hasil sayur diletakkan ke dalam bekas seperti bakul plasti untuk mengelakkan sayur tercemar dari sisa yang reput.
c) Hasil sayur dihantar ke rumah pemproses.
d) Sayur-sayuran dipilih dan diasingkan mengikut warna dan saiz. Sayur yang tercemar oleh perosak serangga telah dibuang. Sayur yang layu dan terlalu kecil juga dibuang. Bahagian akar sayur-sayuran juga dipotongkan.
e) Sayur-sayuran yang siap dipilih boleh dibersihkan ke dalam bekas air yang besar.
f) Sayur-sayuran ditimbang mengikut jenis masing-masing.
g) Sayur boleh dibungkus dalam beg plastik dan beg plastik dimatikan.
h) Hasil sayur dimasukkan ke rumah penyimpanan@penyejukan.
g) Sayur boleh dibungkus dalam beg plastik dan beg plastik dimatikan.
h) Hasil sayur dimasukkan ke rumah penyimpanan@penyejukan.
4. GAMBAR AKTIVITI AMALI YANG SEDANG DIJALANKAN
Gambar 1 :
Hasil sayur di kebun. Jenis-jenis sayur seperti bayam variegated merah hijau, bayam hijau, bayam merah dan kangkung.
Gambar 2:
Ulat larva, perosak serangga yang makan daun sayur.
Gambar 3:
Ahli kumpulan tengah memotong bahagian akar sayur-sayuran yang tidak diperlukan.
Gambar 4:
Ahli kumpulan sedang membersihkan sayur-sayuran.
No comments:
Post a Comment