Saturday, 24 November 2018

Laporan Amali Mingguan (Minggu ke-9)


Laporan Amali Minggu Ke-9



TARIKH AMALI                 :   MINGGU 9 (09/11/2018)

AMALI                                 :   CENDAWAN

TEMPAT                               :   RUMAH CENDAWAN, KOMPLEKS AGROTEKNOLOGI

PENUNJUK AJAR                :  ABDUL GHAFFAR OTHMAN / ROSLI ISMAIL

                                                  MAININAH TAHIR

                                                  KAMARUL ZAIDI ABD GHANI

                                                  ROBI SAAD

                                                  ZALIZA MAHAT

                                                  NOR AISHAH ISMAIL

                                                  HAFIDAH YAAKOP

                                                  



1. PENGENALAN



Cendawan (Pleurotus ostreatus)sangat kaya dengan kandungan nutrien. Ia adalah sumber protin dalam makanan. Banyak kajian dibuat tentang nutrien cendawan. Cendawan juga mengandungi selenium. Melindungi sel rosak dan boleh menyebabkan penyakit hati, kanser dan penyakit yang berkaitan dengannya. Antioxidan lain dalam cendawan adalah ergothioneine, dimana membantu melindungi sel badan terutamanya DNA. Potassium terdapat dalam cendawan yang boleh membantu menstabilkan kelancaran dan tekanan darah. Potassium juga berperanan dalam saraf dan otot, termasuk fungsi hati dengan baik. Selain itu terdapat juga panthotenic acid membantu dalam menstabilkan darah merah yang sihat, dan niacin bagus untuk melembutkan kulit dan pencernaan didalam sistem saraf. Mineral essential membantu dalam kekebalan tubuh (immune system). Sumber vitamin B - riboflavin (B2), niacin (B3) and panthothenic acid (B5). Vitamin ini menolong pemecahan protin, lemak dan karbohidrat yang digunakan sebagai tenaga. Oleh itu bagus bagi sesiapa yang tidak boleh makan daging. Cendawan juga membantu dalam rembesan hormon kesuburan lelaki. Ia juga terdapat sumber penting bagi vitamin D untuk kesihatan tulang, gigi dan berfunsgi untuk antioksidan untuk awet muda.



2. PENERANGAN



Dalam amali ini, setiap ahli kumpulan akan membantu dalam penghasilan habuk kayu yang akan menjadi sumber pertumbuhan cendawan. Secara ringkasnya para pelajar dan penunjuk ajar akan mencampurkan 4 bahan iaitu bahan lengai, dedak padi dan kapur (nisbah: 100:10:1). Air juga akan dibubuh kedalam mesin pembancuh media sehingga menjadi 75% kelembapan. Selepas itu bahan telah dicampurkan akan diuji tahap kelembapannya. Sekiranya ditahap baik ia akan dibawa kepada mesin pembungkusan secara mekanikal. Setiap beg bungkusan beranggaran dalam 700-800g didalam beg plastik lut sinar. Setelah itu ia akan ditutup secara manual oleh para pelajar dan para penunjuk ajar. Selepas itu ia akan dimasak/dipanaskan selama lapan jam. Ini membantu dalam pembunuhan bakteria.



Walaupun para pelajar didedahkan dari awal (pencampuran habuk kayu) hingga akhir iaitu pembungkusan, ada lagi langkah-langkah yang perlu dilakukan antaranya inokulasi yang melibatkan pembawaan gandum barli. Selepas itu pemeraman untuk pembiakan misillium selama 2 bulan. Anak cendawan (sporangum nod) memerlukan 2-3 hari untuk bercambah. Setelah itu ia hanya memerlukan 4 jam untuk menjadi dewasa. Setelah dewasa ia akan akan dituai sebanyak 7-9 kali. Bungkusan setelah itu akan direhatkan dalam 7 hingga 10 hari sebelum digunakan semula. Semua bungkusan (habuk kayu) yang tidak boleh digunakan lagi akan dijadikan baja kompos.

3. GAMBAR ALIRAN KERJA


Gambar 1: Habuk kayu getah dikumpulkan.

Gambar 2: Dedak padi (kiri) dan kapur disukat.

Gambar 3: Habuk kayu, dedak padi dan kapur dicampurkan kedalam (mixer) diikuti air.


Gambar 4: Bahan campuran yang telah siap dibawa ke dalam mesin pembungkus.

Gambar 5: Setelah dibungkus dalam plastik lut sinar yang disediakan, bungkusan akan disusun didalam raga.

Gambar 6: Bungkusan ditutupkan.

Gambar 7: Semua bungkusan disusun didalam raga dan dibawa masuk ke dalam kawah masak untuk dimasak selama 8 jam.

4. KESIMPULAN

Cendawan mempunyai pelbagai khasiat dan zat-zat nutrisi yang diperlukan oleh manusia. Pulangan dari industri ini juga mencecah beribu-ribu sebulan sekiranya dijaga dengan rapi. Akhirul kalam, amali ini mendedahkan pelajar kepada kepentingan industri cendawan, kerja-kerja amali yang perlu dilakukan sehingga amali selepas pasca tuai.

Disediakan oleh; Afiq Zuhair Bin Zahrin

Saturday, 10 November 2018

LAPORAN AMALI MINGGU KE-4

TARIKH AMALI                 :   MINGGU 4 (05/10/2018)
AMALI                                 :   BUAH-BUAHAN (PEMBIAKAN)
TEMPAT                               :   PUSAT JUALAN @ PUTRA MART
PENUNJUKAJAR                :  ABDUL GHAFFAR OTHMAN / ROSLIN ISMAIL
                                                  MD.ROZAIDI MD. YUSOF
                                                  KAMARUL ZAIDI ABD GHANI
                                                  SYED GHAZALI JALALUDIN SYED HASSAN
                                                  AZLINA MOHAMMAD
                                                  MOHD. ROSMAN JAMALUDIN
                                                  MOHD. KHARIZAN SURIATI
                                                  NOORANISA SAID
1.PENGENALAN

Perusahaan tanaman buah - buahan telah diberi penekanan yang sewajarnya sejak kebelakangan ini. perhatian telah banyak diberikan kepada tanaman - tanaman lain seperti getah,kelapa sawit, padi dan koko yang mana dianggap sebagai punca pendapatan sambilan kepada petani - petani yang mengusahakannya. berdasarkan kepada penambahan permintaan buah - buahan tempatan ini oleh negara - negara asing disamping memenuhi keperluan semasa , wajarlah bagi kita berbuat sesuatu untuk memajukan industri buah - buahan dengan memberi penekanan yang lebih dan bersungguh - sungguh melalui penyelidikan dan kajian terhadap jenis - jenis buah - buahan yang berpotensi untuk penghasilan secara besar - besaran.

2.PENERANGAN 
Pembiakan Tampang Pokok Buah-buahan merupakan proses yang melibatkan pemisahan bahagian tampang pokok induk dan digalakkan hidup sebagai satu pokok individu. 
Pokok buah-buahan boleh dibiak secara bijibenih atau secara tampang dengan kaedah mata tunas dari segi hasil, rupa dan kualiti. Manakala pembiakan tampang pula mempunyai beberapa kebaikan seperti cepat mengeluarkan hasil,senang dibiak dan juga menpunyai ciri-ciri seperti pokok induk. pembiakan tampang terdiri daripada berbagai cara antaranya keratan, organ - organ khas , lenturan dan cantuman. Cantuman terdiri daripada tiga kaedah iaitu cantuman matatunas, cantuman baji dan cantuman sandingan. 

3. ALIRAN GERAKAN KERJA AMALI

Kaedah-kaedah cantuman matatunas

Tempek matatunas diselitkan ke tapak cantuman tanpa membuang kulit pokok penanti. 
Secebis kulit berbentuk empat segi bujur (4x1cm) dibuang dan ditampal dengan secebis kulit matatunas dari pokok baka. 
Cebisan kulit dibuang hampir mengelilingi batang pokok penanti dan diganti dengan cebisan kulit yang mempunyai matatunas yang sama saiz. 
Cebisan kulit dibelah hampir sama seperti cantuman tampal. Kemudian dua keratan melintang dibuat pada kulit bersambung dengan satu keratan menegak tadi. cebisan kulit bermata tynas diselitkan ke dalamnya. 





4. GAMBAR AKTIVITI AMALI YANG SEDANG DIJALANKAN :
             Gambar 1: Penunjukajar memberikan penerangan mengenai pembiakan pokok buah-buahan 
Gambar 2 : Secebis kulit berbentuk empat segi bujur ( 4 x 1 sm) dibuang 

Gambar 3 : Matatunas (scion) kelihatan pada dari sebelah dalam kulit mata tunas
Gambar 4 : Batang pokok penanti dibalut menggunakan pita cantuman

Gambar 5 : Bahagian pangkal pokok penanti dibelah sedalam 1 sm bagi cantuman baji 

Gambar 6 : Aktiviti pembiakan pokok buah-buahan melalui cara mengetut
Gambar 7 : Kepalan tanah dibalutkan 





Thursday, 8 November 2018

LAPORAN AMALI MINGGU 7 (26.10.2018)

LAPORAN AMALI MINGGU KE-7

Tarikh amali: Minggu 7(26.10.2018)
Amali: Hidroponik (Penuaian dan lepas tuai)
Tempat: Kompleks Agroteknologi 
Penunjuk ajar: 
ABDULL GHAFFAR OTHMAN/ROSLIN ISMAIL
    MAININAH TAHIR
    KAMARUL ZAIDI ABD GHANI
    ROBI SAAD
    ZALIZA MAHAT
    NOR AISHAH ISMAIL
    HAFIDAH YAAKOP

PENGENALAN: 
Penuaian adalah merupakan operasi awal dalam pengendalian aktiviti lepas tuai. Kecekapan petani dalam memahami akan kepentingan aktiviti ini sangat penting kerana kualiti sayuran sangat bergantung kepada cara pengendalian yang betul.
Penerangan aktiviti amali yang dijalankan:
       

Di antara aspek penting bagi penuaian adalah menentukan tahap kematangan yang sesuai serta tepat dan cara penuaian dan pengendalian yang betul. Pada asasnya petani perlu faham akan tahap kematangan (maturity indexs) dengan betul ketika penuaian. Ini kerana ia mempengaruhi mutu selepas tuai dan ketahanan semasa penyimpanan. Kehendak pasaran menentukan masa memetik hasil sayuran sama ada pasaran perlukan yang muda, sedang atau cukup matang.


Penuaian perlu dilakukan pada waktu yang paling sejuk, sama ada pada awal pagi atau lewat petang. Sayuran untuk pasaran tempatan boleh dipetik pada waktu pagi. Untuk pasaran yang jauh, penuaian lebih baik dilakukan pada waktu petang sekiranya pengangkutan yang sesuai dapat diatur untuk mengangkut sayuran ke pasaran pada waktu malam atau awal pagi keesokan harinya.


Bekas pengisi sayuran yang digunakan semasa penuaian mestilah mempunyai saiz yang sesuai dan boleh dibawa oleh pekerja ke seluruh ladang. Bekas tersebut mestilah mempunyai lapisan dinding yang tidak tajam untuk mengelakkan cedera atau kerosakan pada sayur.


Carta alir gerak kerja amali:





Gambar aktiviti amali yang sedang dijalankan:
Gambar 1: Semua ahli kumpulan sedang membuang air pada tapak semaian dan memotong akar halus pada sayur salad dan sawi.

Gambar 2: Akar halus dan suku daripada batang sayur sawi dan salad dipotong.

Gambar 3 : Sayur sawi dan salad ditimbang.

Gambar 4 : Sayur sawi dan salad yang telah ditimbang akan dibungkus untuk dijual di pasaran.

Kesimpulan:

Penuaian dan pembungkusan perlu dilakukan dengan cermat bagi mengelakkan berlaku kecederaan mekanikal. Produk yang menarik dan cantik dapat menarik minat pengguna.

Disediakan oleh: 1. Ruban Raj a/l Chandran, 196960.
                            2. Nur Asyiqin Bt Mohd Azahari, 197699.

Sunday, 14 October 2018


LAPORAN AMALI MINGGU KE-5




TARIKH AMALI                 :    MINGGU 5 (12/10/2018)
AMALI                               :    TANAMAN UMBISI
TEMPAT                            :    KEBUN SAYUR
PENUNJUKAJAR              :    ABDUL GHAFFAR OTHMAN / ROSLI ISMAIL
                                                HELMI AZRO MD. HASSAN
                                                KAMARUL ZAIDI ABD GHANI
                                                NOR AISHAH ISMAIL
                                                MOHD. FAIZ MOHD.SHAPIE
                                                HAFIDAH YAAKOP
                                                SAIYYIDINA HAMZAH MUHAMMAD
                                                KHAIRUL ASLIM ABD. RAUF



1.PENGENALAN.

Umbi adalah organ tumbuhan yang mengalami perubahan ukuran dan bentuk (pembengkakan) sebagai akibat perubahan fungsinya. Perubahan ini berakibat pula pada perubahan anatominya. Organ yang membentuk umbi terutama batang, akar, atau modifikasinya. Hanya sedikit kelompok tumbuhan yang membentuk umbi dengan melibatkan daunnya. Umbi biasanya terbentuk tepat di bawah permukaan tanah, meskipun dapat pula terbentuk jauh di dalam maupun di atas permukaan. Beberapa tanaman umbi-umbian yang dimanfaatkan sebagai makanan pokok. Antara contoh tanaman umbisi ialah ubi kayu ( Euphorbiaceae ), ubi keledek ( Convolvulaceae ), tanaman keladi ( Araceae ) dan lain-lain.


2. PENERANGAN.

Ubi digunakan sebagai sumber makanan ruji kerana ia mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi dan kandungan serat yang tinggi. Walau bagaimanapun, penggunaan ubi masih tidak maksimal kerana ia dianggap sebagai makanan tradisional yang kurang berkelas. Sudah tentu ini tidak layak dilakukan, Allah menciptakan manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan pasti mempunyai manfaat sendiri. Kita sebagai manusia yang berfikir dan bijak harus menghargai dan bersyukur atas karunia Allah ini. Ubi yang biasa ditanam adalah ubi jalar, ubi kayu, taro dan kentang. Jenis-jenis ubi lain seperti canna, uwi, gadung, gembili juga ditanam, tetapi hanya di kawasan-kawasan tertentu yang mempunyai mereka.




3. CARTA ALIR GERAK KERJA AMALI.





4. GAMBAR AKTIVITI AMALI YANG SEDANG DIJALANKAN.





Gambar 1 : Penunjukajar memberikan penerangan mengenai tanaman umbisi.





Gambar 2 : Memindahkan anak pokok keladi dengan menanamkan semula ke atas batas.





Gambar 3 : Pucuk dipotong dan tinggalkan tangkai sepanjang 30 sm.




Gambar 4 : Keratan batang pokok ubi kayu dengan panjang 20-30 sm.






Gambar 5 : Keratan batang ubi kayu yang ditanam secara baring.




Gambar 6 : Aktiviti membersihkan rumput-rumpai pada batas mengikut kumpulan.





Gambar 6 : Jenis-jenis tanaman umbisi.



5. KESIMPULAN.

Secara kesimpulannya, adalah digalakkan untuk membuat penanaman tanaman umbisi kerana ianya boleh dijadikan sebagai makanan rugi bagi mengantikan makanan berasaskan bijirin sekaligus menjamin keterjaminan makanan (Food security) di Malaysia.





Disediakan oleh : Farhana Binti Jimmy (199389).
                             Nur Iqra Ahmad Basri (198037).
















































Friday, 12 October 2018

Laporan mingguan 3, Kumpulan 2

TARIKH AMALI : MINGGU 3 ( 28/9/2018 )
AMALI : HIDROPONIK ( PENANAMAN )
TEMPAT : KOMPLEKS AGROTEKNOLOGI
PENUNJUKAJAR : ABDULL GHAFFAR OTHMAN
ROSLIN ISMAIL
MAININAH TAHIR
KAMARUL ZAIDI ABD GHANI
ROBI SAAD
ZALIZA MAHAT
NOR AISHAH ISMAIL
HAFIDAH YAAKOP
1. PENGENALAN
Hidroponik adalah suatu teknik penanaman tanpa tanah tetapi media yang berasaskan. Penanaman secara hidroponik dilakukan oleh individu sebagai hobi dan juga secara besar-besaran untuk tujuan komersial. Dua teknik utama penanaman hidroponik iaitu takungan tanpa aliran dan palong dengan aliran air. Antara tempat yang sesuai untuk tanaman hidroponik ialah di koridor rumah, beranda, patio, porch atau di bawah ‘greenhouse’.
2. PENERANGAN
Penanaman hidroponik boleh mendatangkan banyak faedah seperti mengawal serangga, menambahkan jangka hayat tanaman, mudah dikendalikan, mesra alam, menjimatkan kos, bersih dan selamat. Bagi tanaman hidroponik, kita perlu memastikan ia mendapat cahaya matahari yang cukup sekurang-kurangnya separuh hari sama ada pagi atau petang. Selain itu, kita mesti mengelakkan daripada air hujan terus masuk ke dalam takungan hidroponik kerana ia akan menganggu campuran larutan air dan baja. Sebelum memulakan penanaman hidroponik, kita perlu menjalankan kerja pembajaan. Kita perlu menyediakan batu fomilasi baja lengkap dengan sebatian 14 jenis unsur nutrien iaitu nitrogen, fosforus, kalium, sulfat, magnesium, magan, ferum, kuprum, zink, boron, ammonium, molibdenum dan natrium manakala unsur oksigen, hidrogen dan karbon diperolehi dari udara. Unsur sebatian mesti betul-betul larut dalam air agar mudah diagih ke setiap pokok dengan seragam. Di samping itu, kepekatan stok adalah 100 kali hingga 200 kali ganda daripada yang diperlukan oleh pokok.
3. 

ALIRAN GERAK KERJA AMALI

  1. Peralatan berkebun seperti tapak semaian, baldi, penyiram, cawan penyukat, elektronik conductor ( EC meter ) dan pasu plastik kecil diambil di rumah stok.
  2. Tapak semaian dibersihkan, disusun teratur dan ditambah air ke aras serata.
  3. Stok A ( kalsium itrat dan zat ferum ) dan stok B ( 9 jenis unsur ) disediakan.
  4. Stok A disukat 50 ml dan dicampur ke dalam tapak semaian.
  5. Stok B disukat 50 ml dan dicampur ke dalam tapak semaian.
  6. Unsur dikacau agar betul-betul larut dalam air.
  7. EC meter digunakan supaya kepekatan larutan boleh diukur tepat pada 1.60.
  8. Anak benih sayur salad serta sawi disediakan dan dimasuk ke dalam pasu kecil dengan akar halusnya dikeluarkan tapak pasu dengan lembut.
  9. Tapak semaian ditutup dan pasu anak benih dimasuk ke dalam lubang penutup semaian.
  10. Tapak pasu anak benih dipastikan tersentuh larutan agar penyerapan nutrient didapati.
4. GAMBAR AKTIVITI AMALI YANG SEDANG DIJALANKAN

Gambar 1: Penunjukajar menambahkan stok A ke dalam air. Cecair berwarna biru ialah stok A manakala cecair berwarna teh ialah stok B.

Gambar 2: Anak benih salad sayur disediakan.

Gambar 3: Anak benih sayur dimasukkan ke dalam pasu dengan berlembut.

Gambar 4: Semua ahli bekerjasama menambahkan air ke dalam tapak semaian.

5. KESIMPULAN
Manusia digalakkan untuk menjalankan penanaman hidroponik kerana ini merupakan cara mudah dan selamat untuk mendapat sumber makanan seperti sayur-sayuran.




Laporan Amali Minggu 2

Tarikh amali: Minggu 2 (21.9.2018)
Amali: Bijirin dan Kekacang (Projek Jagung).
Tempat: Kebun sayur.
Penunjuk ajar: 
Encik Kamarul Zaidi Abdul Ghani

PENGENALAN: 
Pada 21.09.2018, ahli-ahli kumpulan menjalankan aktiviti penanaman jagung dan beberapa jenis kekacang. Jagung yang digunakan adalah “Thai supersweet”. Jagung secara amnya terhasil dari kacukan hybrid yang melibatkan 2 jenis tumbuhan ataupun pokok yang berbeza. Oleh itu, sekiranya hasil benih yang diperolehi dari Thai supersweet dikacukkan sesama sendiri maka akan menjadi persenyawaan mati.
Tanaman jagung merupakan salah satu jenis tanaman biji-bijian dari keluarga rumput-rumputan. Berasal dari Amerika yang tersebar ke Asia dan Afrika melalui kegiatan orang-orang Eropa ke Amerika. Sekitar abad ke-16 orang Portugal menyebarluaskannya ke Asia. Orang Belanda menamakannya mais dan orang Inggeris menamakannya corn.
Tanaman jagung ini menguntungkan, jika sekiranya sumber-sumber yang tersedia ada seperti tanah dan musim yang sesuai serta amalan kultura dapat digunakan dengan sebaik-baiknya. Jagung terkenal sebagai satu tanaman yang kuat ‘makan’, sehingga ianya sensitif kepada sedikit sahaja perubahan terhadap kandungan zat-zat makanan atau nutrien dan air dalam tanah.

Penerangan aktiviti amali yang dijalankan:
Jagung (Zea mays) perlu ditanam oleh setiap pelajar dengan batasnya tersendiri. Sebelum menanam biji benih, tanah (batas) sudah disediakan oleh pihak penunjuk ajar. Oleh itu, pelajar haruslah menanam biji benih di atas batas. Mahupun begitu, pelajar yang batasnya menimpa kerosakan akibat hujan lebat harus membuat batas baru (mounting). Apabila menanam, biji benih haruslah dibubuh 2 biji pada setiap lubang. Jarang antara pokok jagung yang bakal tumbuh adalah 30cm seperti yang disyorkan para penunjuk ajar. Setelah itu, lubang cetek menggunakan paip pvc dibuat untuk meletakkan biji benih dan dikambus. Biji benih dibiarkan tanpa disiram kerana hujan yang mencukupi. Selepas itu para pelajar perlu menampal maklumat pelajar pada setiap batas dengan penanda besi yang disediakan. Untuk amali harian pelajar haruslah merujuk buku Nota Ringkas Tanaman Makanan dan kertas Program Kerja Jagung Manis ‘Thai Suppersweet’.
Para pelajar juga didedahkan dengan kaedah penanaman kekacang iaitu kacang soya, hijau dan taugeh walaupun amali tidak tumpukan pada penanaman kekacang dan sekadar pendedahan. Setiap batas ditanam beberapa jenis kekacang tertentu tanpa mengira jarak khusus (15cm) setiap pokok. Biji benih soya dan kacang hijau ditanam sebiji demi sebiji manakala taugeh ditanam secara berterabur.

Carta alir gerak kerja amali:

Gambar aktiviti amali yang sedang dijalankan:
Gambar 1: Membuat lubang untuk biji benih dan kambus.

Gambar 2: Pelabelan maklumat pelajar pada batas.

Kesimpulan:

Dapat disimpulkan bahawa penanaman jagung dan jenis kekacang memerlukan teknik yang tepat. Jagung misalnya perlukan penjarangan dan penyulaman setelah biji benih telah tumbuh. Jarak yang sesuai memastikan jagung dapat sumber tumbesaran tanpa bersaing sesama jagung. Cabaran yang bakal dihadapi para pelajar adalah sumber air, dimana air samada hujan tidak turun ataupun hujan lebat yang merosakkan batas, haiwan perosak seperti tikus, dan seumpamanya. Amali penyelenggaraan perlu dilakukan secara berjadual seperti pembaikian batas, pembubuhan baja (NPK hijau/biru), penyiraman, dan menyembur racun secara serata mengikut barisan jagung.

Disediakan oleh: Afiq Zuhair Bin Zahrin, 196313.